awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran siklon tropika dikeluarkan untuk timur laut Australia

Bernama
Bernama
10/01/2026
04:10 MYT
Amaran siklon tropika dikeluarkan untuk timur laut Australia
Angin kencang dengan kelajuan sehingga 100 kilometer sejam dan hujan lebat boleh menyebabkan banjir kilat yang dijangka berlaku pada Sabtu. - Foto X/Bureau of Meteorology, Australia
SYDNEY: Lebih 200,000 penduduk di timur laut Australia pada Sabtu dinasihatkan supaya bersiap sedia menghadapi angin kencang, hujan lebat dan banjir berikutan siklon tropika menghampiri pesisir pantai, lapor Xinhua.
Biro Meteorologi (BoM) pada Sabtu berkata sistem ribut tropika tekanan rendah dijangka berkembang menjadi siklon tropika kategori satu sebelum melanda pesisir timur laut negeri Queensland pada awal pagi Ahad.
Amaran siklon yang dikeluarkan oleh BoM merangkumi kawasan pesisir pantai sepanjang 470 kilometer, termasuk bandar Townsville yang mempunyai kira-kira 230,000 penduduk serta pulau-pulau peranginan.
Angin kencang dengan kelajuan sehingga 100 kilometer sejam dan hujan lebat boleh menyebabkan banjir kilat yang dijangka berlaku pada Sabtu.
BoM berkata hujan lebat luar biasa di bandar-bandar di tenggara Townsville boleh menyebabkan banjir kilat berbahaya dan mengancam nyawa.
Ketua Menteri Queensland David Crisafulli memberitahu televisyen Australian Broadcasting Corporation pada Sabtu pagi bahawa bot penyelamat, selain polis, anggota bomba dan anggota Perkhidmatan Kecemasan Negeri, telah ditempatkan lebih awal di kawasan berkenaan bagi membantu operasi tindak balas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran siklon tropikan
#angin kencang
#hujan lebat
#banjir kilat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan