awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika Syarikat tawar 'tempat perlindungan' sementara kepada warga Hong Kong

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
06/08/2021
03:43 MYT
Amerika Syarikat tawar 'tempat perlindungan' sementara kepada warga Hong Kong
Menurut Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, ini berikutan isu kebebasan Hong Kong yang dicampuri oleh China - Foto/REUTERS
Ribuan penduduk Hong Kong akan ditawarkan 'tempat perlindungan' sementara di Amerika Syarikat (AS).
Menurut Presiden negara itu, Joe Biden, langkah itu diambil susulan isu kebebasan wilayah Hong Kong yang didakwa dicabuli oleh China.
Katanya, AS akan membenarkan warga Hong Kong terbabit untuk tinggal di negara Uncle Sam itu sehingga 18 bulan.
Ribuan warga Hong Kong yang kini berada di Amerika dijangka akan mendapat manfaat dari langkah diambil AS itu.
Sebelum ini China dikatakan bercadang untuk memperkenalkan undang-undang keselamatan baharu di Hong Kong bagi melarang hasutan, usaha pemisahan dan pertukaran pentadbiran namun ia dilihat sebagai usaha Beijing untuk mencengkam wilayah itu.
Anggota Majlis Demokrasi Hong Kong, Samuel Chu memaklumkan langkah Amerika ini bakal memberi manfaat kepada 100,000 warganya.
Jelasnya, bukan sahaja warganya mula berpindah ke Amerika, namun beberapa negara lain turut menjadi destinasi pilihan.
Namun mereka yang dilaporkan mempunyai sabitan kesalahan berat dilaporkan tidak layak untuk inisiatif ini.
United Kingdom sebelum ini merancang untuk menawarkan warga Hong Kong kerakyatan tetap.
Pada Januari, UK memperkenalkan syarat yang membolehkan penduduk bekas jajahan Britain itu datang ke UK untuk tempoh sehingga lima tahun dan memohon untuk dmenapatkan status penduduk tetap.
Kerajaan UK menganggarkan 5.4 juta penduduk Hong Kong layak untuk memohon skim ini dan menjangkakan 300,000 orang akan menerima tawaran itu dalam tempoh lima tahun pertama.
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#Joe Biden
#China
#Britain
#Amerika Syarikat
#demokrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan