awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika Syarikat uji teknologi pengesan bom bunuh diri di Stesen Penn, New York

APTN
APTN
27/02/2018
20:46 MYT
Amerika Syarikat uji teknologi pengesan bom bunuh diri di Stesen Penn, New York
Teknologi itu diuji di bandar New York susulan insiden seorang imigran warganegara Bangladesh, mencederakan diri sendiri dengan bom paip mentah Disember lalu - Gambar hiasan: REUTERS/Edward Tobin
Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) mula menguji teknologi pengesan vest bunuh diri di Stesen Penn, New York, Amerika Syarikat.
Senator New York, Charles Schumer, memastikan teknologi tersebut diuji di kota New York susulan insiden seorang imigran warganegara Bangladesh, mencederakan diri sendiri dengan bom paip mentah yang diikat pada badan Disember lalu di sebuah laluan bawah tanah di Times Square.
TSA sedang bekerjasama dengan agensi transit untuk mewujudkan teknologi ini sejak 2004.
Teknologi ini juga digunakan untuk mengawal keselamatan acara-acara besar seperti Super Bowl 2014 dan telah diuji Pegawai Pengangkutan Metropolitan Los Angeles pada Disember.
Bagaimanapun, ia belum digunakan di mana-mana hab transit kerana ia masih dalam proses dibangunkan.
Teknologi ini berbeza daripada sistem pengesan di lapangan terbang.
Mesin ini memancarkan gelombang pengesan ke atas badan untuk mengesan objek logam dan bukan logam.
Terdapat beberapa variasi bagi teknologi tersebut dan TSA menguji dua model di Stesen Penn.
TSA berkata, agensi transit tempatan harus menguji pilihan terbaik dan memilih untuk membeli teknologi yang paling sesuai.
Topic Berkaitan
#bom
#bunuh
#bunuh diri
#Charles Schumer
#keselamatan
#Los Angeles
#New York
#Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan