awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak panda kelahiran Malaysia, tiba di China

Bernama
Bernama
15/11/2017
10:57 MYT
Anak panda kelahiran Malaysia, tiba di China
Penghantaran Nuan Nuan (gambar) adalah sebagai memenuhi Perjanjian Program Kerjasama Antarabangsa Konservasi Panda Gergasi, yang ditandatangani bersama China pada 15 Jun 2012. - Gambar fail
Anak panda gergasi pertama yang dilahirkan di Malaysia, Nuan Nuan tiba di Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi Dujiangyan, China pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.
Nuan Nuan yang letih selepas melalui perjalanan panjang, enggan keluar dari kandangnya sehinggalah makanan ditawarkan kepadanya.
Anak panda itu, akan dikuarantin selama sebulan sebelum diperlihatkan kepada orang ramai.
Nuan Nuan, yang bermaksud ramah mesra, dilahirkan pada 18 Ogos 2015 oleh pasangan panda yang dipinjamkan kepada Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Malaysia.
Ibu bapa Nuan Nuan akan terus menetap di Malaysia.
Penghantaran Nuan Nuan adalah sebagai memenuhi Perjanjian Program Kerjasama Antarabangsa Konservasi Panda Gergasi, yang ditandatangani bersama China pada 15 Jun 2012, memperuntukkan anak yang dilahirkan pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang, dihantar ke negara asalnya apabila berusia dua tahun.
Selain Malaysia, Pusat Pembiakan Panda China bekerjasama dengan 13 zoo di 11 buah negara, termasuk Austria, Jepun dan Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Malaysia
#Nuan Nuan
#Panda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan