awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak perempuan bekas PM Thailand ketuai parti pemerintah

Bernama
Bernama
27/10/2023
13:43 MYT
Anak perempuan bekas PM Thailand ketuai parti pemerintah
Paetongtarn, 37, menang tanpa bertanding bersama barisan baharu ahli jawatankuasa, pada mesyuarat agung Pheu Thai di Bangkok pada Jumaat. - Instagram @ingshin21
BANGKOK: Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, dipilih sebagai pemimpin baharu Pheu Thai Party yang mengetuai gabungan kerajaan pemerintah.
Paetongtarn, 37, menang tanpa bertanding bersama barisan baharu ahli jawatankuasa, pada mesyuarat agung Pheu Thai di Bangkok pada Jumaat.
Dalam ucapan sulungnya, Paetongtarn berharap eksekutif baharu akan belajar daripada pengalaman pilihan raya lepas untuk memperoleh sokongan rakyat dalam pilihan raya akan datang.
"Kami akan kembali menjadi parti politik No.1," katanya.
Paetongtarn berkata Pheu Thai Party komited untuk meningkatkan kehidupan rakyat dengan mendokong hak dan kebebasan mereka.
Pemilihan parti itu diadakan selepas pemimpin Pheu Thai Cholnan Srikaew berundur pada hujung Ogos sebagai menepati janjinya untuk berundur jika parti itu membentuk gabungan dengan parti pro-tentera.
Paetongtarn, yang menggunakan nama panggilan mesra Ung Ing, menceburi politik dua tahun lepas sebagai ketua penasihat pembabitan awam dan inovasi Pheu Thai.
Beliau adalah antara calon perdana menteri parti itu pada Pilihan Raya Umum 14 Mei lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Paetongtarn Shinawatra
#Pheu Thai
#Thailand
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan