awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat letupan di hotel Cuba meningkat kepada 35

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2022
05:00 MYT
Angka kematian akibat letupan di hotel Cuba meningkat kepada 35
Pasukan mencari dan menyelamat mengeluarkan runtuhan bangunan dari Hotel Saratoga susulan kejadian letupan. - Foto REUTERS
HAVANA: Operasi mencari dan menyelamat mangsa insiden letupan di sebuah hotel mewah di ibu negara Cuba masih diteruskan.
Setakat ini, beberapa mangsa yang maut berjaya dikeluarkan dari runtuhan Hotel Saratoga menjadikan angka kematian rasmi akibat letupan di bangunan ikonik itu kepada 35.
Ketua Jabatan Bomba Cuba, Luis Guzmán memberitahu bahawa tiga lagi mayat ditemui pada Isnin ketika kru pencarian menggunakan anjing melalui serpihan di hotel berstruktur abad ke-19 itu.
Kementerian Kesihatan mengeluarkan laporan bahawa jumlah kematian meningkat kepada 35, dengan 20 mangsa yang cedera masih dirawat di hospital.
Hotel berkenaan yang mempunyai 96 bilik, bertaraf lima bintang di Old Havana, dibuka semula selepas ditutup selama dua tahun.
Letupan berlaku susulan kebocoran gas, menyebabkan serpihan bangunan bertaburan di atas jalan.
Beberapa struktur bangunan berdekatan juga telah rosak, termasuk Teater Marti yang bersejarah dan gereja Calvary Baptist.
Topic Berkaitan
#letupan
#jumlah kematian
#hotel
#kebocoran gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan