awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian empangan runtuh di Brazil meningkat kepada 115

Reuters
Reuters
02/02/2019
21:55 MYT
Angka kematian empangan runtuh di Brazil meningkat kepada 115
Pasukan penyelamat giat lakukan pencarian di kawasan empangan runtuh. - Foto Reuters/Adriano Machado
Kejadian empangan runtuh di Brazil yang dikawal oleh syarikat perlombongan Vale mungkin disebabkan oleh kandungan air yang berlebihan, kata pihak kawal sedia tempatan.
Tambahnya kejadian ini sama seperti yang berlaku dalam tragedi perlombongan kurang daripada empat tahun lalu.
Menurut jurucakap pasukan penyelamat, angka kematian akibat empangan runtuh di Brumadinho pada 25 Januari meningkat kepada 115 orang manakala 248 lagi dilaporkan hilang.
Insiden di kawasan perlombongan Corrego do Feijao minggu lepas menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap Vale, yang juga merupakan pemilik bersama Samarco, empangan yang runtuh sebelum ini.
Kira-kira 2,000 orang berkumpul di Belo Horizonte dalam satu tunjuk perasaan menentang Vale serta menggesa beberapa pegawai kanan syarikat itu dipenjarakan.
"Tiga pelajar saya meninggal dalam kejadian tersebut," kata Aparecida Moreira, seorang pengajar di sebuah kolej undang-undang tempatan.
Setakat ini siasatan mengesahkan kesemua mangsa sama ada maut atau hilang terdiri daripada pekerja perlombongan yang terkubur di bawah aliran lumpur apabila empangan terbabit runtuh di atas bangunan kafeteria dan pusat pentadbiran.
Setakat ini pihak berkuasa telah membekukan aset syarikat perlombongan gergasi negara itu berjumlah lebih AS$3 bilion (RM12 bilion) untuk pembayaran pampasan, kerosakan dan denda.
Topic Berkaitan
#Brazil
#empangan runtuh
#maut
#perlombongan
#Vale
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan