awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban ribut tropika Trami di Filipina meningkat kepada 90

Bernama
Bernama
27/10/2024
06:10 MYT
Angka korban ribut tropika Trami di Filipina meningkat kepada 90
Trami, taufan ke-11 yang membadai Filipina tahun ini, menyebabkan kemusnahan besar di pulau Luzon khususnya di wilayah Bicol dan Calabarzon, serta kawasan di Filipina tengah dan selatan. - Gambar/ Reuters
MANILA: Angka korban akibat ribut tropika Trami yang melanda Filipina minggu ini meningkat kepada 90 orang, manakala sekurang-kurangnya 36 lagi masih hilang, lapor Xinhua memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina (NDRRMC) pada Ahad.
NDRRMC memaklumkan bahawa banjir besar dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh ribut Trami menjejaskan lebih 5.7 juta orang di 16 wilayah di seluruh negara Asia Tenggara itu.
Trami, taufan ke-11 yang membadai Filipina tahun ini, menyebabkan kemusnahan besar di pulau Luzon khususnya di wilayah Bicol dan Calabarzon, serta kawasan di Filipina tengah dan selatan.
Pihak berkuasa masih mengesan 36 orang hilang.
Ribut Trami turut menyebabkan lebih 8,000 orang terkandas di pelabuhan, menurut Pengawal Pantai Filipina.
Anggaran kerosakan Trami terhadap infrastruktur mencecah 825 juta peso (kira-kira US$14 juta), manakala kerosakan sektor pertanian dianggarkan bernilai 1.432 bilion peso (US$24.5 juta).
Secara purata, 20 taufan melanda Filipina setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ribut Tropika
#Trami
#Filipina
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan