awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN gesa gencatan senjata segera antara Thailand dan Kemboja, bimbang peningkatan korban dan pelarian

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2025
02:40 MYT
ASEAN gesa gencatan senjata segera antara Thailand dan Kemboja, bimbang peningkatan korban dan pelarian
ASEAN mengingatkan bahawa keamanan dan kestabilan hanya dapat dicapai melalui semangat kekeluargaan ASEAN, perpaduan dan kejiranan yang baik. - Gambar Reuters
KUALA LUMPUR: Menteri-Menteri Luar ASEAN menyatakan kebimbangan serius terhadap ketegangan yang semakin memuncak di sempadan Thailand-Kemboja, yang telah mengakibatkan semakin ramai korban jiwa, kemusnahan harta awam serta pemindahan besar-besaran penduduk di kawasan sempadan kedua-dua negara.
Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini, ASEAN menegaskan, semua pihak perlu kembali ke meja rundingan dan melaksanakan gencatan senjata serta-merta.
“Kami menggesa kedua-dua pihak untuk tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan usaha damai dan sebaliknya kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan pertikaian ini mengikut undang-undang antarabangsa serta semangat penyelesaian secara aman,” menurut kenyataan itu.
Blok serantau itu turut mengingatkan bahawa keamanan dan kestabilan hanya dapat dicapai melalui semangat kekeluargaan ASEAN, perpaduan dan kejiranan yang baik.
ASEAN juga menyatakan komitmen untuk terus memantau situasi berkenaan dan menyokong usaha Pengerusi ASEAN bagi memfasilitasi dialog aman serta menamatkan pertempuran yang sedang berlaku.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan menjadi tuan rumah kepada pertemuan pemimpin dari Thailand dan Kemboja bagi mengadakan rundingan peringkat tinggi berhubung ketegangan ketenteraan di sempadan kedua-dua negara itu.
Pertemuan pada 3 petang hari ini akan diadakan di Putrajaya dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Topic Berkaitan
#konflik Thailand-Kemboja
#gencatan senjata
#ASEAN
#Malaysia
#Pengerusi ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan