awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet Afrika Selatan Oscar Pistorius dituduh membunuh

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2013
01:32 MYT
Atlet Afrika Selatan Oscar Pistorius dituduh membunuh
Atlet olimpik Afrika Selatan yang kudung dua kaki, Oscar Pistorius, atau dikenali sebagai ‘Blade Runner’, dihadapkan ke mahkamah di Afrika Selatan, atas dakwaan membunuh kekasihnya.
Kekasih Pistorios, Reeva Steenkamp ditemui mati dengan empat kesan tembakan, awal pagi Khamis.
Polis Afrika Selatan membuka kertas siasatan kes bunuh, selepas wanita berusia 30 tahun itu ditemui mati di rumah Pistorious.
Ketika kejadian tembakan, hanya Pistorius dan mangsa berada di rumah itu.
Laporan awal menyebut, Pistorius mungkin menyangka kekasihnya seorang penjenayah yang cuba memecah masuk kediamannya, lalu menembak mangsa.
Steenkamp, seorang model dikatakan sudah menjalin hubungan cinta dengan Pistorius selama setahun, namun ada pihak mendedahkan hubungan mereka bermasalah.
Pistorius, salah seorang ahli sukan paling berpengaruh di Afrika Selatan, mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pelari cacat pertama bertanding di sukan olimpik yang berlangsung di London tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Oscar Pistorius
#Paralimpik
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan