awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia haramkan TikTok pada peranti rasmi

Bernama
Bernama
04/04/2023
07:51 MYT
Australia haramkan TikTok pada peranti rasmi
Peguam Negara Mark Dreyfus berkata beliau meluluskan arahan mandatori yang melarang jabatan dan agensi memasang aplikasi China itu pada peranti. - REUTERS
ANKARA: Kerajaan Australia pada Selasa memutuskan untuk melarang pegawainya menggunakan aplikasi perkongsian video TikTok pada peranti masing-masing.
Dalam satu kenyataan Peguam Negara Mark Dreyfus berkata beliau meluluskan arahan mandatori yang melarang jabatan dan agensi memasang aplikasi China itu pada peranti, lapor Agensi Anadolu.
"Selepas menerima nasihat daripada agensi perisikan dan keselamatan, saya hari ini memberi kuasa kepada setiausaha Jabatan Peguam Negara untuk mengeluarkan arahan mandatori di bawah Rangka Kerja Dasar Keselamatan Perlindungan yang melarang aplikasi TikTok pada peranti milik jabatan dan agensi Komanwel.
"Arahan itu akan berkuat kuasa secepat mungkin," kata Dreyfus.
Beliau berkata pengecualian hanya akan diberi mengikut kes tertentu.
Australia menjadi negara terakhir dalam "Five Eyes", sebuah perikatan perisikan yang terdiri daripada Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat, yang melarang pegawai mereka menggunakan TikTok pada peranti rasmi masing-masing.
Pegawai TikTok di Australia menyifatkan keputusan itu "mengecewakan."
"Kami kecewa dengan keputusan ini. Pada pandangan kami, ia didorong oleh politik dan bukan fakta," menurut berita ABC memetik pengurus besar TikTok di Australia, Lee Hunter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TikTok
#Australia
#peranti rasmi
#Peguam Negara Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan