awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022 Singapura: Pakej S$500 juta buat PKS yang masih bergelut

Agensi
Agensi
18/02/2022
10:02 MYT
Bajet 2022 Singapura: Pakej S$500 juta buat PKS yang masih bergelut
Pakej Sokongan Pekerjaan dan Perniagaan itu diumumkan Menteri Kewangan Lawrence Wong pada Jumaat, sebahagian daripada pembentangan Bajet 2022 yang bertemakan Merangka Hala Tuju ke Hadapan Bersama. - Gambar hiasan
MENERUSI Bajet 2022 Singapura, pekerja dan perniagaan dalam sektor yang masih bergelut untuk pulih daripada kesan COVID-19 layak menerima bantuan daripada pakej rangsangan ekonomi dengan peruntukan sebanyak S$500 juta, bersamaan dengan RM1.5 bilion.
Pakej Sokongan Pekerjaan dan Perniagaan itu diumumkan Menteri Kewangan Lawrence Wong pada Jumaat, sebahagian daripada pembentangan Bajet 2022 yang bertemakan ‘Merangka Hala Tuju ke Hadapan Bersama’.
Menurut laporan The Straits Times, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) daripada sektor yang paling teruk terjejas akibat COVID-19 layak menerima geran wang secara one-off melalui pakej tersebut.
Ia termasuk sektor makanan dan minuman (F&B), peruncitan, pelancongan dan hospitaliti.
PKS yang layak boleh menerima bayaran sebanyak S$1,000 bagi setiap pekerja, sehingga had S$10,000 bagi setiap PKS.
Pada masa yang sama, beberapa skim sedia ada turut dilanjutkan bagi menyokong PKS termasuk Insentif Pertumbuhan Pekerjaan yang sepatutnya tamat pada Mac dan kini dilanjutkan sehingga September.
Skim tersebut diperkenalkan pada 2020 sebagai insentif kepada majikan untuk mengambil pekerja tempatan, serta membantu golongan rentan mendapat pekerjaan, termasuk warga emas, OKU dan banduan.
Topic Berkaitan
#Singapura
#bajet
#Lawrence Wong
#PKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan