awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar diri semata-mata untuk dapat 'likes' di media sosial

Sinar Harian
Sinar Harian
19/11/2018
00:15 MYT
Bakar diri semata-mata untuk dapat 'likes' di media sosial
Timiyah Landers dirawat di hospital selepas menyahut cabaran api.
Beberapa hospital di Britain mendedahkan mereka menerima kes remaja membakar diri, semata-mata mahu menjadi bintang di media sosial.
Kes seumpama itu berlaku selepas ada remaja menyahut 'cabaran api'.
Cabaran berkenaan memerlukan seseorang menyalakan api pada badan mereka dalam usaha meraih populariti dan mendapat banyak 'likes' di media sosial.
Namun, dalam kebanyakkan kes, cabaran itu berlaku diluar kawalan dan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan termasuk pembedahan menyelamatkan nyawa.
Kakitangan di Hospital Morriston, Swansea mengesahkan pihaknya menerima kes seumpama itu.
Biarpun enggan mendedahkan jumlah mangsa yang terlibat, pihak berkuasa mengeluarkan amaran agar remaja tidak menyahut cabaran bangang tersebut.
Pada Ogos lalu, seorang remaja perempuan berusia 12 tahun menjadi mangsa terbaharu selepas menyahut cabaran itu.
Timiyah Landers mengalami luka terbakar sebanyak 49 peratus pada tubuhnya.
Cabaran api berasal dari Amerika Syarikat dan bermula pada 2012 selepas seorang Youtuber bernama 1BlazinEagle1, memuat naik video memaparkan api dinyalakan di atas dadanya.
Video berkenaan mendapat sebanyak lebih 100,000 tontonan dan lebih memeranjatkan, ada remaja menyahut cabaran tersebut. - Agensi
Topic Berkaitan
#bakar diri
#Britain
#cabaran api
#Hospital Morriston
#likes
#media sosial
#populariti
#sukaan
#Swansea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan