awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Selatan Thailand korbankan 11 nyawa, 2 masih hilang

Bernama
Bernama
04/12/2020
15:27 MYT
Banjir di Selatan Thailand korbankan 11 nyawa, 2 masih hilang
Gabenor Nakhon Si Thammarat Kraisorn Wisitwong berkata kesemua 23 daerah telah dilanda banjir dan lebih 184,000 keluarga terjejas. - Gambar REUTERS
NAKHON SI THAMMARAT:Banjir buruk susulan hujan lebat di Nakhon Si Thammarat yang terletak di selatan Thailand telah mengorbankan 11 nyawa manakala dua lagi dilaporkan hilang.
Berikutan hujan lebat berterusan sejak minggu lepas, sembilan wilayah di selatan Thailand iaitu Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Trang, Songkhla, Pattani, Narathiwat, Satun dan Yala telah dilanda banjir.
Nakhon Si Thammarat merupakan wilayah paling teruk terjejas.
Gabenor Nakhon Si Thammarat Kraisorn Wisitwong berkata kesemua 23 daerah telah dilanda banjir dan lebih 184,000 keluarga terjejas.
"Walaupun hujan sudah berhenti hari ini dan air banjir surut namun terdapat beberapa daerah masih ditenggelami air. Kemusnahan akibat banjir kali ini amat teruk," katanya.
Sehingga hari ini, 11 dilaporkan maut termasuk seorang ibu muda berusia 27 tahun dan anak lelakinya berusia lima tahun selepas perahu yang dinaiki mereka terbalik akibat arus deras di Phra Phom.
"Usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan untuk mengesan dua mangsa yang masih hilang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#maut
#hilang
#mangsa
#keluarga
#selatan thailand
#Nakhon Si Thammarat
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan