awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Vietnam, 9 maut, 2 hilang

Bernama
Bernama
11/07/2017
06:41 MYT
Banjir di Vietnam, 9 maut, 2 hilang
Hujan lebat dan banjir turut memusnahkan 80 buah rumah, tujuh jambatan dan longkang selain mengakibatkan tanah runtuh serta ratusan hektar sawah padi dan tanaman lain rosak, menyebabkan kerugian hampir AS$400,000. - Gambar hiasan
Hujan lebat dan banjir yang melanda wilayah pergunungan utara Vietnam sejak beberapa hari lepas, mengorbankan sembilan orang dan dua lagi hilang, lapor agensi berita China Xinhua.
Jawatankuasa Pemandu Pusat Pencegahan dan Bencana pada Selasa berkata, empat kematian dilaporkan di wilayah Thai Nguyen, masing-masing dua di wilayah Ha Giang dan Dien Bien manakala satu di Hoa Binh.
Mangsa yang hilang dilaporkan masing-masing satu di Ha Giang dan Cao Bang.
Hujan lebat dan banjir turut memusnahkan 80 buah rumah, tujuh jambatan dan longkang selain mengakibatkan tanah runtuh serta ratusan hektar sawah padi dan tanaman lain rosak, menyebabkan kerugian hampir AS$400,000.
Pejabat Perangkaan Umum melaporkan setakat pertengahan tahun ini, bencana alam di Vietnam mengorbankan 27 dan 30 yang lain cedera serta menyebabkan kehilangan harta bernilai lebih AS$19.2 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#maut
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan