awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir teruk landa Jeddah, dua maut

Sinar Harian
Sinar Harian
25/11/2022
07:48 MYT
Banjir teruk landa Jeddah, dua maut
Situasi banjir di Jeddah yang dikongsi oleh seorang pengguna di Twitter. - Agensi
RIYADH: Dua maut selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir teruk di barat Arab Saudi termasuk di Jeddah dalam tempoh 24 jam lalu.
Kematian itu diumumkan jurucakap agensi pertahanan awam di Twitter sambil menggesa penduduk terus berada di rumah jika tiada urusan penting.
Banjir teruk itu turut menyebabkan sejumlah penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz ditangguhkan, selain beberapa sekolah ditutup.
Difahamkan, laluan yang menghubungi Jeddah dan Makkah turut ditutup selepas hujan lebat melanda, sebelum dibuka kembali tidak lama kemudian.
Media tempatan melaporkan, para jemaah mengelilingi Kaabah dalam keadaan hujan lebat di Masjidilharam.
Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi semalam merekodkan 179 milimeter padu hujan, iaitu yang tertinggi pernah direkodkan di Jeddah.
Hujan lebat dilaporkan turun pada Khamis sejak jam 8 pagi (waktu tempatan) sehingga 2 petang.
Jeddah dilanda banjir hampir setiap tahun disebabkan kemudahan infrastruktur yang daif dan tidak sempurna.
Pada 2009, kejadian banjir di bandar itu meragut 123 nyawa. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir Jeddah
#Arab Saudi
#masjidilharam
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan