awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Dunia umum bantuan tambahan AS$530 juta untuk Ukraine

Bernama
Bernama
01/10/2022
20:40 MYT
Bank Dunia umum bantuan tambahan AS$530 juta untuk Ukraine
Setakat ini, Bank Dunia telah menyediakan hampir AS$13 bilion bantuan pembiayaan kecemasan untuk Ukraine. - Foto fail/REUTERS
ANKARA: Bank Dunia mengumumkan bantuan tambahan AS$530 juta untuk membantu Ukraine menampung "perkhidmatan awam yang penting seperti kesihatan, pendidikan dan perlindungan sosial."
United Kingdom (UK) dan Denmark, sebagai negara penderma, masing-masing menyediakan jaminan pinjaman AS$500 juta dan AS$30 juta, untuk memenuhi keperluan mendesak Ukraine akibat perang, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan bank itu.
"Kemusnahan, kerosakan dan pemindahan penduduk di Ukraine amat mengejutkan dan terus meningkat.
"Ia akan mengambil masa yang lama untuk rakyat Ukraine pulih dan rakan kongsi pembangunan perlu terus bersatu untuk menyokong pembinaan semula Ukraine," kata Naib Presiden Serantau Bank Dunia untuk Eropah dan Asia Tengah, Ana Bjerde.
Setakat ini, Bank Dunia telah menyediakan hampir AS$13 bilion bantuan pembiayaan kecemasan untuk Ukraine, termasuk komitmen dan ikrar daripada penderma, dengan AS$11 bilion telah diagihkan sepenuhnya.
Sementara itu, Pengarah Bank Dunia untuk Eropah Timur Arup Banerji berkata analisis terbaharu bank itu menunjukkan jumlah kos jangka panjang untuk pembinaan semula dan pemulihan di Ukraine adalah besar sehingga boleh mencecah lebih AS$100 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Beliau berkata jumlah itu dijangka meningkat jika perang berterusan.
"Tetapi Kerajaan Ukraine menumpukan kepada keperluan sosial yang mendesak, memastikan pemulihan segera dan pembaikan selesai, sambil merancang untuk tugas pembinaan semula yang lebih menyeluruh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#Ukraine
#perang
#pembiayaan kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan