awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantahan besar-besaran terhadap Presiden Pedro Castillo

Bernama
Bernama
06/11/2022
04:50 MYT
Bantahan besar-besaran terhadap Presiden Pedro Castillo
Penunjuk perasaan antikerajaan bertempur dengan anggota polis rusuhan di Lima, Peru, 5 Nov 2022. (Foto AP)
MEXICO CITY: Beribu-ribu orang mengadakan protes di Peru menuntut Presiden Pedro Castillo meletakkan jawatan, lapor Sputnik.
Protes berlangsung pada Sabtu di Lima serta wilayah Piura, Trujillo, Chiclayo, Cusco dan Huancayo, menurut penyiar Radio Programas del Peru (RPP).
Demonstrasi berjalan secara aman namun di Lima, polis menggunakan gas pemedih mata menyebabkan seorang daripada penunjuk perasaan cedera.
Presiden Pedro Castillo terpalit dengan tuduhan rasuah.
Pada Julai, pejabat pendakwa raya mengumumkan pihaknya sedang menyiasat Castillo selepas bekas menteri dalam negeri Mariano Gonzalez, mendakwa Castillo melindungi orang-orang terdekatnya yang terlibat dalam kes jenayah.
Pada awal Ogos, pendakwa raya Peru menyerbu istana kerajaan di Lima serta rumah presiden di Chota, utara Peru untuk mencari Yenifer Paredes kerana disyaki terbabit dengan jenayah rasuah.
Yenifer Paredes ialah kakak kepada isterin Castillo, Lilia Paredes Navarro. Pada akhir Ogos, Yenifer dikenakan tahanan pencegahan selama 30 bulan.
Castillo menafikan semua tuduhan terhadapnya serta keluarganya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pedro Castillo
#Presiden Peru
#letak jawatan
#protes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan