awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa cuba bunuh bayi perempuan dua kali untuk pikat hati isteri

Astro Awani
Astro Awani
13/11/2017
04:49 MYT
Bapa cuba bunuh bayi perempuan dua kali untuk pikat hati isteri
Lelaki yang berusia lingkungan 20 tahun itu dilapor telah dua kali cuba menekap muka untuk melemaskan anak kecilnya itu dengan harapan tragedi akan membuatkan si isteri kembali kasih kepadanya. -Gambar hiasan
SEORANG bapa cuba membunuh bayi perempuannya sendiri yang berusia 18 bulan dalam usaha memikat kembali hati isterinya.
Lelaki yang berusia lingkungan 20 tahun itu dilapor telah dua kali cuba menekap muka untuk melemaskan anak kecilnya itu dengan harapan tragedi akan membuatkan si isteri kembali kasih kepadanya.
Dalam prosiding di mahkamah keluarga di Blackburn, Lancashire, sidang turut dimaklumkan tentang kematian dua anak mereka yang lebih tua ketika masih bayi, lapor Mail Online.
Anak sulung pasangan itu dilapor meninggal dunia pada usia kurang sebulan disebabkan pneumonia.
Hakim Alan Booth turut dimaklumkan tentang anak ketiga pasangan itu yang mengalami insiden yang 'hampir meragut nyawa' pada usia empat bulan, tahun lepas.
Booth berkata lelaki itu, seorang yang pintar dan berkerjaya, sanggup melakukan apa saja dan disifatkan sebagai berbahaya.
Sidang turut dimaklumkan bahawa hubungan lelaki itu dengan isterinya berdepan masalah selepas kelahiran anak ketiga mereka.
Namun kematian kedua-dua anak mereka yang lebih tua sebaliknya telah mendekatkan mereka.
Hakim bagaimanapun tidak memberitahu sama ada kes akan disiasat polis.
Topic Berkaitan
#Alan Booth
#bayi
#bayi perempuan
#Blackburn
#bunuh
#Lancashire
#mahkamah
#pneumonia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan