awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan

Bernama
Bernama
20/06/2024
06:37 MYT
Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan
Musim haji tahun ini menyaksikan peningkatan suhu yang ketara di Mekah dan sejumlah besar jemaah tiba dengan visa pelancongan atau lawatan.- Gambar hiasan/Akaun X Ministry of Hajj and Umrah
MEKAH: Beberapa negara telah mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji mereka yang meninggal dunia semasa musim haji tahun ini adalah individu yang memasuki Arab Saudi menggunakan visa pelancong atau lawatan beberapa bulan sebelum ibadah haji bermula.
Menurut laporan The Jordan Times yang memetik Kementerian Luar Negeri dan Hal Ehwal Ekspatriat Jordan, tiada seorang pun daripada 41 warga Jordan yang meninggal dunia semasa musim haji tahun ini dan diberikan permit pengebumian untuk dikebumikan di Mekah adalah sebahagian daripada delegasi rasmi Haji Jordan.
Laporan oleh Samaa TV yang memetik Kementerian Luar Negeri, Migrasi dan Warganegara Tunisia di Luar Negara juga mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji Tunisia yang meninggal dunia telah tiba di negara itu dengan visa pelancongan, lawatan atau umrah.
Musim haji tahun ini menyaksikan peningkatan suhu yang ketara di Mekah dan sejumlah besar jemaah tiba dengan visa pelancongan atau lawatan dari pelbagai negara.
Jemaah ini melakukan perjalanan jauh di Kota Suci di bawah terik matahari, tanpa sebarang syarikat atau entiti yang menyediakan perkhidmatan penginapan, makanan atau pengangkutan.
Akibatnya, mereka terdedah kepada risiko keletihan haba, pendedahan matahari dan banyak berjalan kaki di laluan yang sukar dan tidak berturap, yang tidak dikhaskan untuk pejalan kaki. Keadaan ini menyebabkan kematian ramai jemaah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jemaah haji
#meninggal dunia
#Arab Saudi
#visa pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan