awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beijing hasrat 'kurangkan selisih faham' dengan Washington - Menteri Luar China

Bernama
Bernama
27/10/2023
07:21 MYT
Beijing hasrat 'kurangkan selisih faham' dengan Washington - Menteri Luar China
Wang Yi beliau berkata bahawa hubungan antara China dan AS harus kembali ke landasan yang sihat, stabil dan mampan. - Gambar fail/AP
WASHINGTON: Menteri Luar China Wang Yi pada Khamis berkata Beijing berhasrat "mengurangkan perselisihan faham dan tanggapan salah" dengan Washington menjelang pertemuan dengan Setiausaha Negara AS Antony Blinken, lapor Agensi Berita dpa.
Dalam kenyataan kepada media menjelang pertemuan dengan Blinken di Washington, beliau berkata bahawa hubungan antara China dan AS harus kembali ke landasan yang sihat, stabil dan mampan.
"Apa yang betul dan apa yang salah tidak berlandaskan kepada siapa memiliki "kuasa atau suara yang lebih lantang, tetapi seharusnya berkelakuan dengan cara yang konsisten dengan tiga pernyataan bersama China-AS, selaras dengan undang-undang dan norma asas hubungan antarabangsa, dan sejajar dengan keadaan semasa," kata ketua diplomat itu melalui jurubahasa.
Sementara itu, Blinken menyatakan persetujuan dengan kenyataan Wang dan menantikan "sesi perbincangan yang membina dalam tempoh dua hari akan datang."
Lawatan Wang dijangka berakhir pada Sabtu.
Hubungan antara AS dan China tegang akibat pelbagai isu, termasuk sokongan China terhadap operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, isu Taiwan, dan pertikaian perdagangan yang berterusan.
Baru-baru ini, kedua-dua negara-negara itu telah berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan mengadakan lawatan antara wakil kerajaan dengan lebih kerap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Luar China
#wang yi
#Antony Blinken
#setiausaha negara Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan