awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan bantuan ke Gaza hanya penuhi 10 peratus keperluan harian

Bernama
Bernama
31/05/2025
14:00 MYT
Bekalan bantuan ke Gaza hanya penuhi 10 peratus keperluan harian
UNRWA memberi amaran bahawa kebuluran di Gaza masih boleh dielakkan - jika ada kemahuan politik. - Gambar fail/AP
RAMALLAH: Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Philippe Lazzarini menegaskan bahawa jumlah bantuan kemanusiaan yang kini memasuki Gaza amat tidak sepadan dengan skala bencana kemanusiaan yang sedang berlaku di wilayah yang dikepung itu.
Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), Lazzarini dalam satu kenyataan media pada Sabtu memberi amaran bahawa kebuluran di Gaza masih boleh dielakkan - jika ada kemahuan politik.
"Apa yang kami minta bukanlah sesuatu yang mustahil," katanya sambil menggesa supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibenarkan melaksanakan peranan kemanusiaannya dalam menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan serta memelihara maruah mereka.
Lazzarini mendedahkan bahawa hanya 900 trak bantuan berjaya memasuki Gaza dalam tempoh dua minggu lepas - yang hanya mampu menampung 10 peratus daripada keperluan harian penduduk.
Beliau turut merayu supaya agensi PBB dan organisasi kemanusiaan dibenarkan menyambung semula operasi mereka di Gaza, susulan penggantungan kemasukan trak bantuan sejak 2 Mac lepas.
Lazzarini berkata bahawa semasa gencatan senjata sebelum ini, UNRWA dan kumpulan kemanusiaan lain berjaya membawa masuk antara 600 hingga 800 trak bantuan sehari, membuktikan bahawa keperluan bantuan mampu dipenuhi jika akses diberikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#bekalan bantuan
#Palestin
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan