awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemerintah tentera Pakistan Pervez Musharraf kini tenat

Bernama
Bernama
11/06/2022
04:34 MYT
Bekas pemerintah tentera Pakistan Pervez Musharraf kini tenat
Musharraf dimasukkan ke hospital sejak tiga minggu lepas akibat komplikasi penyakit yang dihidapinya, yang dikenal pasti sebagai amiloidosis. - Gambar fail/AP
NEW DELHI: Bekas pemerintah tentera Pakistan, Pervez Musharraf, 78, yang sedang dirawat di hospital kini dalam keadaan tenat.
Musharraf dimasukkan ke hospital sejak tiga minggu lepas akibat komplikasi penyakit yang dihidapinya, yang dikenal pasti sebagai amiloidosis, kata keluarga bekas presiden itu pada Jumaat.
"Keadaan beliau kini tenat kerana organ dalaman yang sudah tidak berfungsi. Doakan agar urusan beliau dipermudahkan," ciap keluarganya menerusi akaun Twitter Musharraf.
Menurut keluarganya beliau tidak menggunakan alat bantuan pernafasan.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan khabar angin di media sosial bahawa bekas presiden itu telah meninggal dunia.
Musharraf memperoleh kuasa politik dalam satu rampasan kuasa tentera pada 1999 dan berkhidmat sebagai presiden Pakistan dari 2001 hingga 2008.
Beliau ke Dubai pada Mac 2016 untuk mendapatkan rawatan perubatan dan berada di luar negara sejak itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pervez Musharraf
#Pakistan
#tenat
#Bekas Presiden Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan