awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
Tiada sekatan guna MyKad untuk subsidi BUDI95 selagi patuhi peraturan - JPN
Skandal NexG: Abu Hanifah Noordin perlu beri maklumat penuh - Ahli akademik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Perdana Menteri Peru Betssy Chavez ditahan

Bernama
Bernama
21/06/2023
06:06 MYT
Bekas Perdana Menteri Peru Betssy Chavez ditahan
Pejabat peguam negara Peru sedang menyiasat Chavez atas peranannya dalam keputusan Castillo untuk membubarkan parlimen pada Disember yang lalu. - Gambar/ Facebook Betssy Chavez
Mexico: Bekas perdana menteri Peru Betssy Chavez ditahan di kediamannya di selatan negara itu, lapor media tempatan pada Selasa, menurut agensi berita Jerman (dpa).
Mahkamah tertinggi negara Amerika Selatan itu telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Chavez, selaku bekas Ketua Kabinet kepada bekas presiden Pedro Castillo, yang digulingkan.
Mahkamah mengeluarkan arahan pada Selasa bahawa beliau harus ditahan reman selama 18 bulan atas tuduhan memberontak dan konspirasi atas permintaan pejabat peguam negara.
Pejabat peguam negara Peru sedang menyiasat Chavez atas peranannya dalam keputusan Castillo untuk membubarkan parlimen pada Disember yang lalu.
Castillo dituduh melanggar perintah konstitusi negara itu.
Bekas guru pedalaman itu didakwa cuba menghalang undi tidak percaya dan membubarkan Kongres.
Parlimen kemudian memecatnya daripada jawatan. Castillo ditangkap atas tuduhan cubaan rampasan kuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas perdana menteri Peru
#betssy chavez
#tahanan rumah
#memberontak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan