awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Pakistan Imran Khan umum partinya akan berundur daripada dewan undangan

Bernama
Bernama
27/11/2022
04:30 MYT
Bekas PM Pakistan Imran Khan umum partinya akan berundur daripada dewan undangan
Imran membuat ucapan sambil berada di sebalik cermin kaca kalis peluru ketika hadir pada perhimpunan awam di Rawalpindi, Pakistan, 26 Nov 2022. REUTERS
NEW DELHI: Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan berkata parti pimpinannya akan berundur daripada semua dewan undangan untuk meneruskan kempennya bagi mendesak pilihan raya awal diadakan.
Berucap pada satu perhimpunan besar-besaran di bandar Rawalpindi pada Sabtu, Imran berkata beliau memutuskan untuk membuat perubahan berhubung perarakan yang dirancang di Islamabad kerana bimbang akan berlaku lagi rusuhan.
Keputusan telah diambil untuk tidak memasuki Islamabad kerana ini boleh mewujudkan keadaan anarki dan telah memilih laluan lain bagi meneruskan kempen "Haqeeqi Azadi" (kebebasan sebenar), katanya.
Kemunculan Imran di perhimpunan awam itu yang pertama sejak beliau terselamat daripada cubaan membunuh pada 3 Nov.
Dalam ucapannya selama lebih sejam, pemimpin Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan itu kelihatan bersemangat walaupun kecederaan pada kaki kanannya akibat ditembak masih belum pulih sepenuhnya.
Beliau berkata kecederaan pada kakinya mungkin mengambil masa tiga bulan untuk sembuh.
Bekas perdana menteri itu menegaskan kerajaan persekutuan yang dibentuk pada April berikutan penggulingannya dalam undi tidak percaya parlimen tidak mempunyai mandat sepenuhnya untuk memerintah.
Penyokong Imran berkumpul untuk mendengar ucapan pemimpin mereka yang muncul pada perhimpunan awam buat kali pertama sejak terselamat daripada cubaan bunuh awal bulan ini, di Rawalpindi, Pakistan, 26 Nov 2022. REUTERS
Penyokong Imran berkumpul untuk mendengar ucapan pemimpin mereka yang muncul pada perhimpunan awam buat kali pertama sejak terselamat daripada cubaan bunuh awal bulan ini, di Rawalpindi, Pakistan, 26 Nov 2022. REUTERS
Dalam tempoh tujuh bulan Imran telah mengadakan lebih 60 perhimpunan besar-besaran.
Beliau menyalahkan penggulingannya atas konspirasi perubahan rejim yang disokong pihak asing, membantah rasuah dan salah guna kuasa dan menyifatkan kejayaan kerajaannya dalam bidang ekonomi dan pengendalian pandemik COVID-19.
"Kami juga telah memutuskan untuk tidak menjadi sebahagian daripada sistem rasuah ini," kata Imran, sambil menambah beliau akan bertemu ketua menteri wilayah pimpinan PTI dan parti parlimen bagi mengadakan perbincangan untuk berundur daripada semua dewan undangan," katanya.
Partinya mempunyai empat kerajaan wilayah termasuk di Khyber Pakhtunkhwa dan Punjab yang menempatkan lebih separuh daripada 220 juta penduduk Pakistan.
Anggota PTI meletak jawatan beramai-ramai daripada parlimen persekutuan selepas kerajaan parti itu tumbang tujuh bulan lalu.
Dengan meninggalkan dewan undangan akan mewujudkan lebih tekanan supaya pilihan raya baharu diadakan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imran Khan
#berundur daripada dewan undangan
#undi tidak percaya
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan