awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’

Agensi
Agensi
10/02/2026
01:30 MYT
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Gambar Jambatan Antarabangsa Gordie Howe di Sungai Detroit yang menghubungkan Windsor, Ontario dan Detroit yang dirakamkan pada 25 Oktober 2023. - Gambar fail AP
WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengancam untuk menghalang pembukaan sebuah jambatan baharu yang menghubungkan Amerika Syarikat dan Kanada - satu langkah yang menambah ketegangan hubungan kedua-dua negara.
Trump mempersoalkan pemilikan penuh Kanada terhadap Jambatan Antarabangsa Gordie Howe, yang ketika ini masih dalam pembinaan dan dijangka siap dibuka tahun ini.
Projek bernilai AS$4.7 bilion itu menghubungkan wilayah Ontario dengan negeri Michigan.
Menurutnya, Amerika Syarikat sepatutnya “memiliki sekurang-kurangnya separuh” jambatan tersebut dan berhak mendapat pampasan sebelum ia dibuka kepada umum.
Kenyataan itu dimuat naik di platform Truth Social.
“Saya tidak akan membenarkan jambatan ini dibuka sehingga Amerika Syarikat diberi pampasan sepenuhnya atas segala yang telah kami sumbangkan dan Kanada melayan kami dengan adil serta hormat seperti yang kami layak terima. Kami akan memulakan rundingan SERTA-MERTA,” katanya.
Trump juga mendakwa, pembinaan jambatan itu hampir tidak menggunakan produk keluaran AS, selain menuduh Ottawa meminggirkan kepentingan Washington.
Presiden AS itu turut mengecam langkah Perdana Menteri, Mark Carney yang baru-baru ini mengadakan rundingan perdagangan awal dengan China.
Dalam serangannya, Trump menyifatkan perjanjian Kanada–China sebagai sesuatu yang akan “memakan Kanada hidup-hidup,” sambil mendakwa, Amerika hanya akan menerima “sisa yang tinggal.”
Ketegangan semakin memuncak apabila Washington memberi bayangan untuk mengenakan tarif 100 peratus terhadap Kanada susulan lawatan Carney ke Beijing bulan lalu.
Dalam kenyataan berasingan, Trump mengulangi dakwaan tidak berasas bahawa China akan “menamatkan semua sukan hoki ais di Kanada” - satu tuduhan yang disifatkan pemerhati sebagai tidak masuk akal.
Hubungan Ottawa-Washington dilihat terus meruncing sejak Trump kembali ke White House pada Januari 2025.
Beliau sebelum ini pernah mencadangkan supaya Amerika Syarikat “mengambil alih” Kanada, namun kenyataan itu sudah jarang diulang kebelakangan ini.
Sementara itu, Carney dalam ucapannya pada Forum Davos bulan lalu memberi amaran bahawa sistem global berteraskan kepimpinan AS sedang mengalami “keretakan”, sebagai sindiran terhadap pendekatan Trump yang dilihat menggugat kestabilan antarabangsa. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Trump ugut Kanada
#Gordie Howe International Bridge
#mark carney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan