awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Filipina Benigno Aquino dilapor meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2021
02:09 MYT
Bekas Presiden Filipina Benigno Aquino dilapor meninggal dunia
Benigno Aquino dilapor meninggal dunia pada Khamis selepas dimasukkan ke hospital di Manila. -Gambar fail
MANILA: Bekas Presiden Filipina Benigno Aquino dilapor meninggal dunia pada Khamis selepas dimasukkan ke hospital di Manila, menurut sumber kepada Reuters.
Aquino, 61, merupakan Presiden Filipina dari tahun 2010 hingga 2016.
Bendera negara berkibar setengah tiang di bangunan senat di Manila.
Punca kematian Aquino tidak dimaklumkan setakat ini, namun mendiang dilapor telah dimasukkan ke hospital pada awal Khamis.
Keluarga mendiang bukanlah nama yang asing dalam sejarah pemerintahan Filipina.
Ayah mendiang yang menentang pemerintahan Ferdinand Marcos dibunuh ketika pulang selepas menjalani tempoh suaka politik pada tahun 1983.
Pembunuhan itu mengejutkan negara dan mencetuskan era kejatuhan Marcos dalam revolusi People Power 1986, sekali gus mendorong ibunya Corazon Aquino untuk mengambil alih pemerintahan.
Aquino pernah ditembak lima kali ketika cubaan kudeta tentera pada tahun 1987 terhadap pemerintahan ibunya, di mana tiga pengawalnya terbunuh.
Dikenali sebagai "Noynoy", mendiang mendapat sokongan masyarakat selepas kematian ibunya pada tahun 2009 yang menjurus kepada pelantikannya sebagai Presiden.
Topic Berkaitan
#presiden filipina
#Benigno Aquino
#Noynoy
#Corazon Aquino
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan