awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanda pulangkan arca purba Mesir berusia 3,500 tahun yang dicuri

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2025
00:30 MYT
Belanda pulangkan arca purba Mesir berusia 3,500 tahun yang dicuri
Kepala arca batu seorang pegawai Mesir purba ditemui di sebuah pameran seni di Belanda pada tahun 2022. - Foto Netherlands Information & Heritage Inspectorate
KAHERAH: Kerajaan Belanda akan memulangkan sebuah arca purba Mesir berusia lebih 3,500 tahun yang dipercayai telah dicuri dan dieksport secara haram semasa kekacauan Arab Spring pada tahun 2011.

Ringkasan AI
  • Belanda akan pulangkan arca purba Mesir berusia 3,500 tahun yang dipercayai dicuri semasa kekacauan Arab Spring.
  • Arca ditemui di pameran seni Maastricht, disahkan dipindahkan secara haram dan diserahkan semula secara sukarela.
  • Pemulangan arca dianggap penting dalam usaha pemulihan warisan Mesir dan kerjasama antarabangsa menentang pemerdagangan artifak.

Perdana Menteri Belanda, Dick Schoof, mengumumkan perkara itu semasa lawatan rasmi ke Mesir, di mana beliau turut bertemu Presiden Abdel Fattah al-Sisi.
Arca tersebut, yang menggambarkan seorang pegawai kanan dari era pemerintahan Firaun Thutmose III (1479–1425 SM), ditemui di sebuah pameran seni di Maastricht pada tahun 2022 selepas pihak berkuasa menerima maklumat daripada sumber tanpa nama.
Hasil siasatan oleh polis Belanda dan jabatan warisan budaya negara itu mengesahkan bahawa arca berkenaan telah dipindahkan secara tidak sah dari Mesir dan dijual di pasaran seni antarabangsa.
Penjual arca tersebut telah menyerahkannya secara sukarela selepas asal-usulnya didedahkan.
Pemulangan arca ini disifatkan sebagai langkah penting dalam usaha pemulihan warisan budaya Mesir dan memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam menangani pemerdagangan artifak sejarah.
Upacara rasmi penyerahan dijangka berlangsung di Grand Egyptian Museum, Giza.
Topic Berkaitan
#arca purba
#dicuri
#Firaun Thutmose III
#pasaran seni antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan