awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berpuluh rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di Tebing Barat

Bernama
Bernama
15/01/2022
05:34 MYT
Berpuluh rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di Tebing Barat
Saksi Palestin berkata pertempuran tercetus antara berpuluh-puluh penunjuk perasaan dan tentera Israel selepas Palestin menganjurkan dua protes mingguan. - Foto REUTERS
RAMALLAH (Palestin): Puluhan penunjuk perasaan Palestin cedera pada Jumaat semasa pertempuran dengan tentera Israel berhampiran dua bandar di utara Tebing Barat, kata pegawai perubatan dan saksi.
Anggota perubatan Palestin berkata bahawa sekurang-kurangnya 15 penunjuk perasaan cedera akibat tembakan logam bersalut getah dan berpuluh-puluh mengalami sesak nafas selepas mereka terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera Israel berhampiran Nablus dan Qalqilya.
Saksi Palestin berkata pertempuran tercetus antara berpuluh-puluh penunjuk perasaan dan tentera Israel selepas Palestin menganjurkan dua protes mingguan terhadap peluasan penempatan Israel baru-baru ini dan rampasan tanah di Tebing Barat, lapor Xinhua.
Mereka berkata pertempuran sengit di perkampungan Beit Dajan di timur Nablus, dan rakyat Palestin melemparkan batu ke arah askar, yang melepaskan tembakan getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
Sementara itu, enam lagi rakyat Palestin cedera akibat tembakan logam bersalut getah yang dilepaskan oleh tentera Israel semasa bantahan di perkampungan Kafr Qaddum di timur Qalqilya.
Tiada maklum balas segera daripada tentera Israel berhampiran dua bandar di Tebing Barat.
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan berkata rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri, mendapatkan hak sah mereka untuk menentukan masa depan mereka sendiri dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka di sempadan 1967.
Israel menceroboh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, yang dituntut oleh Palestin, sejak perang Timur Tengah 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Israel
#gas pemedih mata
#Penunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan