awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden menang pemilihan peringkat awal di Dakota Utara

Bernama
Bernama
31/03/2024
06:30 MYT
Biden menang pemilihan peringkat awal di Dakota Utara
Biden memenangi pemilihan peringkat pusingan awal (primari) untuk Demokrat di Dakota Utara, pada pilihan raya presiden AS 2024. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah memenangi pemilihan peringkat pusingan awal (primari) untuk Demokrat di Dakota Utara, pada pilihan raya presiden AS 2024, umum parti negeri itu pada Sabtu, lapor Xinhua.
Dalam pemilihan peringkat awal di Dakota Utara, terdapat 13 perwakilan ditawarkan dan kebanyakan pengundian dilakukan melalui undi pos.
Bekas presiden Donald Trump, calon utama Republikan muncul sebagai pemenang dalam kokus Republikan di Dakota Utara yang diadakan pada 4 Mac, dengan memperoleh semua 29 perwakilan.
Kemenangan Biden dan Trump menambah kepada bilangan perwakilan mereka ke konvensyen Kebangsaan Republikan atau Demokrat.
Semasa proses pencalonan Demokrat 2020, Biden dikalahkan di Dakota Utara oleh Senator Bernie Sanders dari Vermont.
Negeri itu secara konsisten menyokong calon Republikan dan memihak kepada Trump dengan perbezaan yang besar dalam kedua-dua pilihan raya Presiden AS 2016 dan 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Dakota Utara
#pilihan raya presiden AS 2024
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan