awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kayak dinaiki pelajar IPG dipercayai terbalik kerana arus deras - Polis
Aksi pandu lawan arus tular, polis buru pemandu kereta
Cuaca panas: Perak pantau rapi empangan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BJ Habibie jalani rawatan intensif di hospital

Bernama
Bernama
09/09/2019
09:21 MYT
BJ Habibie jalani rawatan intensif di hospital
BJ Habibie kini dirawat secara intensif di Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.
Presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, kini dirawat secara intensif di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.
Menurut setiausaha peribadinya, Rubijanto, bekas presiden itu kini diberikan rawatan intensif oleh pasukan Doktor Kepresidenan Indonesia selepas dimasukkan ke hospital itu semalam.
Menurut Rubijanto, semua pihak tidak dibenarkan untuk menziarahi BJ Habibie untuk sementara waktu ini, katanya dalam satu kenyataan di sini.
BJ Habibie, 83, adalah presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Okt 1999.
Sebelum ini, pada Mac 2018, BJ Habibie juga menerima rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan mengalami "asphyxia". - BERNAMA
Topic Berkaitan
#BJ Habibie
#dirawat di hospital
#Indonesia
#Jakarta
#komplikasi jantung
#Presiden Indonesia
#sakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan