awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boeing didakwa telah hilang kawalan terhadap komponen rosak - Senator AS

Bernama
Bernama
18/06/2024
15:17 MYT
Boeing didakwa telah hilang kawalan terhadap komponen rosak - Senator AS
Seorang pekerja Boeing memberitahu bahawa syarikat itu kehilangan kawalan terhadap ratusan komponen rosak dan mungkin telah memasangnya dalam pesawat 737 Max. - AP
WASHINGTON: Seorang pekerja Boeing memberitahu penyiasat kongres bahawa syarikat itu kehilangan kawalan terhadap ratusan komponen rosak dan mungkin telah memasangnya dalam pesawat 737 Max, kata Senator Amerika Syarikat (AS) Blumenthal kepada CNN pada Selasa, lapor Sputnik.
Pekerja Boeing berkenaan berkata penyelia syarikat mengarahkannya untuk menyembunyikan komponen rosak itu daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan kini dikenakan tindakan balas.
"Dakwaannya sangat serius," kata Blumenthal kepada CNN. "Penjelasannya mengenai tindakan balas terhadapnya sangat menakutkan, tekanan yang diberikan kepadanya untuk berdiam diri. Mereka mempunyai program yang dipanggil Speak Up, tetapi dia diarahkan untuk diam."
Laporan itu memetik kenyataan Boeing yang mengatakan syarikat itu sedang mengkaji dakwaan pemberi maklumat itu.
"Kami sentiasa menggalakkan pekerja melaporkan semua kebimbangan kerana keutamaan kami adalah memastikan keselamatan pesawat dan penumpang," menurut Boeing dalam kenyataan itu.
Dakwaan baharu berkenaan muncul ketika Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, David Calhoun dijadualkan memberi keterangan pada petang Selasa di hadapan jawatankuasa kecil Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Senat yang dipengerusikan Blumenthal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Boeing
#komponen rosak
#siasatan
#737 Max
#pemberi maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan