awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boeing hentikan ujian penerbangan 777X selepas kesan kerosakan struktur

Bernama
Bernama
20/08/2024
08:30 MYT
Boeing hentikan ujian penerbangan 777X selepas kesan kerosakan struktur
Menurut laporan, pesawat itu telah menyelesaikan penerbangan selama lebih lima jam dari Hawaii sebelum masalah itu ditemui. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Pengeluar pesawat Amerika Syarikat, Boeing pada Isnin mengumumkan bahawa pihaknya menghentikan ujian penerbangan model 777X selepas kerosakan ditemui pada komponen struktur antara enjin dan struktur pesawat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Semasa penyelenggaraan berjadual, kami mengenal pasti komponen yang tidak berfungsi seperti yang direka.
"Pasukan kami sedang menggantikan bahagian itu... sebelum menyambung semula ujian penerbangan apabila bersedia," kata syarikat itu dalam satu kenyataan melalui e-mel.
Menurut laporan, pesawat itu telah menyelesaikan penerbangan selama lebih lima jam dari Hawaii sebelum masalah itu ditemui.
Perkhidmatan berita penerbangan dalam talian, The Air Current memetik sumber yang memaklumkan bahawa keretakan turut ditemui dalam struktur yang sama pada pesawat ujian lain bagi model 777-9.
Boeing tidak memberikan butiran lanjut tetapi menekankan bahawa tiada penerbangan dengan pesawat ujian lain dirancang dalam masa terdekat.
Boeing menyatakan bahawa bahagian yang rosak itu hanya digunakan dalam model 777-9 dan mereka sentiasa memaklumkan kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengenai perkembangan ini.
Boeing pada asalnya memperkenalkan model 777X sebagai pengganti kepada 777 yang digunakan secara meluas pada 2013 dengan tarikh perkhidmatan awal ditetapkan pada 2020.
Namun, disebabkan kelewatan dalam pembangunan dan pensijilan, serta kesukaran serentak dengan jenis pesawat lain, Boeing menangguhkan penghantaran pertama 777X selama beberapa tahun sehingga 2025.
Kelewatan ini menyebabkan Boeing mengalami kerugian berbilion dolar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Boeing
#model 777X
#ujian penerbangan
#kerosakan komponen struktur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan