awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bosch hentikan pengeluaran kilangnya di Rusia

Agensi
Agensi
19/03/2022
08:24 MYT
Bosch hentikan pengeluaran kilangnya di Rusia
Penarikan diri itu berlaku di sebalik dakwaan Ukraine bahawa ia menemui "salah satu komponen utama yang menggerakkan" kenderaan ketenteraan Rusia - dibekalkan oleh Bosch.
PENGELUAR alat ganti kereta terkemuka Eropah, Bosch, menghentikan pengeluaran di kilangnya di Rusia.
Menjadikan isu rantaian bekalan dan penghantaran yang terganggu sebagai sebab, syarikat gergasi Jerman itu mengakui ia mungkin terpaksa menamatkan operasinya di negara itu untuk selamanya.
Begitupun, penarikan diri itu berlaku di sebalik dakwaan Ukraine bahawa ia menemui "salah satu komponen utama yang menggerakkan" kenderaan ketenteraan Rusia - dibekalkan oleh Bosch.
Memetik laporan BBC, Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba memberitahu media Jerman bahawa Bosch telah membekalkan komponen itu kepada tentera Rusia "selama bertahun-tahun".
Siasatan kini dikatakan sedang dijalankan di Jerman untuk mengetahui sama ada penggunaan alat ganti Bosch oleh tentera Rusia melanggar sekatan yang dikenakan terhadap Moscow oleh Kesatuan Eropah.
Bosch berkata syarikat itu telah melancarkan siasatannya sendiri mengenai perkara itu dan mengambil dakwaan itu dengan "sangat serius".
Secara berasingan pada hari Jumaat, gergasi perkhidmatan minyak Amerika Syarikat, Halliburton menggantung semua perniagaannya dengan Rusia, termasuk potensi perniagaan pada masa depan.
Topic Berkaitan
#Jerman
#Bosch
#alat ganti
#Kesatuan Eropah
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan