awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot pelancong karam di Itali ragut dua nyawa

Bernama
Bernama
29/05/2023
05:24 MYT
Bot pelancong karam di Itali ragut dua nyawa
Dua disahkan maut manakala dua lagi masih hilang dalam kemalangan bot di Tasik Maggiore di utara Itali. -AP
ROM: Dua orang disahkan maut manakala dua lagi masih hilang dalam kemalangan bot di Tasik Maggiore di utara Itali, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Berita ANSA pada Isnin.
Terdahulu pada Isnin, bomba mengatakan bahawa 19 orang telah diselamatkan selepas sebuah bot karam di tasik berhampiran bandar Lisanza, kira-kira 50 kilometer barat laut Milan.
Menurut pihak bomba, penyelam telah menemukan dua mayat dan operasi mencari dua yang hilang masih diteruskan dengan dibantu sebuah helikopter.
Menurut Presiden wilayah Lombardy, Attilio Fontana, bot itu karam dipercayai akibat ribut.
"Bot layar sepanjang 16 meter itu telah disewa oleh pelancong," tulisnya di Facebook.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot karam
#Itali
#Tasik Maggiore
#Lisanza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan