awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brazil akan beri respons terhadap tarif AS, namun terbuka untuk berunding - Lula

Bernama
Bernama
02/08/2025
12:50 MYT
Brazil akan beri respons terhadap tarif AS, namun terbuka untuk berunding - Lula
Lula menegaskan bahawa hanya rakyat dan institusi Brazil berhak menentukan haluan negara, termasuk hubungan dengan AS. - Reuters
RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva berkata kerajaan beliau kekal terbuka untuk berdialog dengan Amerika Syarikat (AS), namun kini sedang merangka tindakan balas terhadap tarif 50 peratus yang dikenakan Washington ke atas beberapa barangan Brazil berkuat kuasa 1 Ogos.
"Kami sentiasa terbuka untuk berdialog. Buat masa ini, kami sedang merangka tindakan balas terhadap langkah tarif AS," kata Lula menerusi satu hantaran di laman rasmi agensi berita TASS di platform X.
Beliau menegaskan bahawa hanya rakyat dan institusi Brazil berhak menentukan haluan negara, termasuk hubungan dengan AS.
Presiden AS Donald Trump sebelum ini mengumumkan kenaikan tarif sebanyak 50 peratus, dengan alasan mahu menangani defisit perdagangan dengan Brazil.
Lula berkata Brazil akan mengenakan tarif timbal balik sekiranya AS tidak mengkaji semula keputusan itu.
Namun begitu, beliau turut menyatakan harapan agar delegasi Brazil dapat berunding untuk mendapatkan semakan semula terhadap tarif dikenakan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Luiz Inacio Lula da Silva
#tarif
#Brazil
#Amerika Syarikat
#rundingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan