Pemain ski Jerman maut dalam perlanggaran di cerun Austria

Menurut polis, kedua-dua lelaki yang terlibat dalam kejadian di kawasan luncur ski popular Arena Zillertal itu merupakan pemain ski yang berpengalaman. - Gambar hiasan
Seorang pemain ski warga Jerman berusia 69 tahun maut dalam satu perlanggaran dengan seorang lagi pemain ski di sebuah cerun di barat Austria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik kenyataan polis pada Rabu.
Pemain ski kedua, yang juga warga Jerman, dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam insiden pada Selasa di kawasan luncur ski popular, Arena Zillertal.
Polis yang memetik keterangan saksi berkata kedua-dua lelaki itu bertembung secara berhadapan dalam kelajuan tinggi di satu persimpangan antara dua litar luncur.
Warga emas dari Munich itu mengalami kecederaan dalaman yang serius dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Seorang lagi pemain ski berusia 33 tahun telah dibawa ke hospital di Innsbruck dengan menggunakan helikopter.
Menurut polis, kedua-dua lelaki berkenaan merupakan pemain ski yang berpengalaman.
-- BERNAMA-dpa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

