awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu disegerakan
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Rumah ibadat tanpa kelulusan: Tindakan ketepi saluran sah tidak boleh dikompromi - Sultan Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump ancam tarif 50 peratus ke atas negara pembekal senjata kepada Iran

Agensi
Agensi
08/04/2026
21:17 MYT
Trump ancam tarif 50 peratus ke atas negara pembekal senjata kepada Iran
Presiden Trump mengancam untuk mengenakan tarif sebanyak 50 peratus ke atas semua import daripada mana-mana negara yang didapati membekalkan senjata kepada Iran, tanpa sebarang pengecualian. - Gambar Reuters
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif sebanyak 50 peratus ke atas semua import daripada mana-mana negara yang didapati membekalkan senjata kepada Iran, tanpa sebarang pengecualian.
Amaran itu dibuat hanya beberapa jam selepas Trump bersetuju dengan gencatan senjata selama dua minggu bersama Tehran.
“Mana-mana negara yang membekalkan senjata ketenteraan kepada Iran akan serta-merta dikenakan tarif 50 peratus ke atas semua barangan yang dijual ke Amerika Syarikat, berkuat kuasa serta-merta. Tiada pengecualian atau kelonggaran,” kata Trump menerusi laman media sosialnya.
Bagaimanapun, Trump tidak menamakan mana-mana negara secara khusus dalam kenyataan tersebut.
China dan Rusia sebelum ini dilaporkan membantu Iran memperkukuh keupayaan ketenteraannya bagi menghadapi tekanan Amerika Syarikat dan Israel, termasuk dengan membekalkan peluru berpandu, sistem pertahanan udara serta teknologi dwiguna yang bertujuan meningkatkan keupayaan pertahanan negara itu.
Namun, Beijing dan Moscow menafikan dakwaan membekalkan senjata kepada Iran dalam tempoh terdekat, walaupun tuduhan terhadap Rusia masih berterusan.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#ancaman Trump
#negara pembekal senjata
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan