awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brunei miliki kualiti udara kedua terbersih di dunia

Bernama
Bernama
24/09/2018
16:29 MYT
Brunei miliki kualiti udara kedua terbersih di dunia
Kematian berkaitan pencemaran di Brunei adalah antara yang paling rendah dalam kalangan semua negara. - Wikipedia
Brunei memiliki kawasan bandar paling kurang pencemaran kedua di dunia, menurut satu kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengukur pencemaran udara sekitar di 1,622 lokasi di 92 negara.
Australia memiliki kawasan bandar paling tidak tercemar diikuti Brunei dan New Zealand, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.
Estonia merupakan negara Eropah paling menonjol diikuti Finland dan Iceland, menurut akhbar harian tempatan Borneo Bulletin pada Isnin, yang memetik laporan WHO.
Kematian berkaitan pencemaran di Brunei adalah antara yang paling rendah dalam kalangan semua negara yang termasuk dalam laporan Suruhanjaya Lancet berkaitan pencemaran dan kesihatan yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet baru-baru ini.
Lima negara yang menduduki tempat teratas dalam ranking Lancet ialah Brunei, Sweden, Finland, Barbados dan New Zealand. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Australia
#Brunei
#New Zealand
#pencemaran udara
#udara terbersih di dunia
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan