awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 3 tahun maut ketika bercuti di Disneyland

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
22/07/2015
11:52 MYT
Budak 3 tahun maut ketika bercuti di Disneyland
Percutian sebuah keluarga ke Disneyland berakhir dengan tragedi apabila anak perempuan mereka terjatuh dari bilik hotel. -Gambar fail
PERCUTIAN sebuah keluarga ke Disneyland, California berakhir dengan tragedi apabila anak perempuan mereka berusia tiga tahun maut setelah terjatuh dari bilik hotel.
Stephanie Martinez dilapor maut akibat terjatuh dari tingkat lima Hotel Embassy Suites di Anaheim, California ketika mereka sekeluarga sedang berehat di tempat penginapan.
Menurut laporan Metro,UK, mereka sekeluarga sedang menikmati percutian hujung minggu di taman tema Disney ketika kemalangan itu berlaku.
Difahamkan, ibu Stephanie ketika itu berada di bilik mandi manakala ahli keluarga yang lain sedang berehat di tingkat bawah di halaman hotel tersebut.
Mangsa yang bersendirian dilapor mengambil keputusan menyertai keluarganya di tingkat bawah dan terus berlari ke balkoni.
“Ibunya yang keluar untuk melihat Stephanie terkejut apabila mendapati anaknya berada di balkoni lalu menjerit.
"Dia kemudian terjatuh dari tingkat lima kerana terkejut mendengar jeritan ibunya," kata sepupu Stephanie, Eddie Fraire.
fb
fb
Gambar diperoleh dari laman GoFundMe
Menurut Eddie, dia dan bapa Stephanie serta ahli keluarga lain yang menyaksikan kejadian ngeri itu cuba menyelamatkan mangsa namun sudah terlambat.
Stephanie kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan selepas beberapa jam.
"Malangnya, dia meninggalkan kami pada usia yang muda," kata Fraire.
Keluarga itu membuka akaun GoFundMe bagi meminta bantuan membawa pulang jenazah Stephanie untuk dikebumikan.
Topic Berkaitan
#Anaheim
#bilik hotel
#California
#Disneyland
#jatuh
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan