awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 6 tahun, ibu bapa ditembak ketika cuba ambil bola bergolek ke halaman jiran

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2023
06:52 MYT
Budak 6 tahun, ibu bapa ditembak ketika cuba ambil bola bergolek ke halaman jiran
Suspek yang dikenal pasti sebagai Robert Louis Singletary menyerah diri di Pejabat Syerif Daerah Hillsborough di Tampa, Florida pada Khamis. -Facebook Gaston County Police
RALEIGH: Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dan ibu bapanya ditembak ketika cuba mengambil bola keranjang yang bergolek ke rumah jiran.
Dalam kejadian di Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa malam itu, suspek dilapor melepaskan tembakan ke arah mereka selepas cuba mengutip bola keranjang yang bergolek ke halaman rumahnya.
Polis yang menerima panggilan pada jam 7.44 malam berhubung kejadian bergegas ke lokasi.
Jabatan Polis Daerah Gaston dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang dikenal pasti dalam tembakan itu ialah William James White dan Ashley Hildebrand.
"White berada dalam keadaan serius setakat malam Khamis, manakala Hildebrand hanya mengalami kecederaan kecil," kata jabatan polis.
Kanak-kanak itu yang turut ditembak dilapor telah dirawat dan dikeluarkan dari hospital, kata polis lagi.
Suspek yang dikenal pasti sebagai Robert Louis Singletary menyerah diri di Pejabat Syerif Daerah Hillsborough di Tampa, Florida pada Khamis.
Singletary bakal didakwa atas empat pertuduhan cubaan membunuh tahap pertama, dua pertuduhan menyerang dengan senjata berbahaya dengan niat untuk membunuh, mendatangkan kecederaan serius, dan satu pertuduhan sebagai penjenayah yang memiliki senjata api.
Topic Berkaitan
#Robert Louis Singletary
#William James White
#Ashley Hildebrand
#ambil bola di halaman rumah jiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan