awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
Konflik Asia Barat: Israel bersedia ‘kembali berperang bila-bila masa’ menentang Iran - Netanyahu
Trump ancam tarif 50 peratus ke atas negara pembekal senjata kepada Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 8 tahun maut disambar buaya ketika mandi bersama rakan

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2021
03:34 MYT
Budak 8 tahun maut disambar buaya ketika mandi bersama rakan
Indonesia merupakan habitat kepada beberapa spesies buaya, dan serangan seumpama itu biasa terjadi di mana populasi manusia dan reptilia berkenaan hidup. - Gambar hiasan
LOMBOK: Seekor buaya besar dilapor menyerang dan memakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun di Indonesia ketika mangsa mandi bersama rakan-rakan di sebuah sungai.
Kejadian ngeri itu berlaku pada Rabu di Pulau Buru, di sini, lapor portal Tribunnews.
Mangsa yang dikenali sebagai Suci Ramadhani difahamkan sedang mandi bersama rakan-rakannya ketika diserang buaya berkenaan di sungai di daerah Teluk Kayeli.
Penduduk yang bergegas ke tempat kejadian nampak kepala kanak-kanak itu terkeluar dari mulut haiwan berkenaan.
Mereka kemudian berjaya menikam buaya itu dengan tombak lalu membunuhnya.
Namun, ketika perut buaya itu dibelah, mereka bagaimanapun tidak menemukan jasad kanak-kanak tersebut.
Mayat mangsa hanya ditemukan pada awal pagi Jumaat, dua hari selepas kejadian.
"Sungai ini memang diketahui dipenuhi buaya air masin.
"Sekurang-kurangnya dua serangan buaya telah terjadi dalam 10 tahun terakhir," kata pihak berkuasa.
Indonesia merupakan habitat kepada beberapa spesies buaya, dan serangan seumpama itu biasa terjadi di mana populasi manusia dan reptilia berkenaan hidup.
BERITA BERKAITAN
Mayat wanita dibaham buaya di Kalabakan ditemukan selepas 12 jam Warga emas bimbang buaya sesat dalam rumah dinaiki air Buaya 700kg merayau di kampung berjaya ditangkap APM Buaya 12 kaki panjang kejutkan nelayan di Kampung Contoh Bagan Ajam Buaya berkeliaran di Papar Gempar buaya naik ke darat Buaya baham tangan pelatih haiwan
Topic Berkaitan
#kanank-kanak disambar buaya
#Suci Ramadhani
#Teluk Kayeli
#Pulau Buru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan