awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

C919 terima tempahan menggalakkan

Bernama
Bernama
11/09/2023
12:03 MYT
C919 terima tempahan menggalakkan
He berkata, pesawat penumpang bersaiz besar buatan China kini terdiri daripada pesawat jarak dekat ARJ21, pesawat jarak sederhana C919 dan pesawat jarak jauh C929. - Gambar Wikipedia
SHANGHAI: Pesawat penumpang C919 buatan China menerima tempahan sebanyak 1,061 sejak mendapat sijil pengesahan daripada Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) pada September tahun lepas.
Pengerusi Lembaga Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC), He Dongfeng, berkata hasil pembangunan inovatif selama 15 tahun, pesawat penumpang bersaiz besar buatan China kini terdiri daripada pesawat jarak dekat ARJ21, pesawat jarak sederhana C919 dan pesawat jarak jauh C929.
"Setakat ini, ARJ21 memperoleh sebanyak 775 tempahan dan 112 daripadanya sudah memulakan operasi komersial," katanya pada majlis pembukaan Forum Inovasi Pujiang yang berlangsung di Shanghai pada Ahad.
Beliau berkata pelanggan pertama ARJ21, TransNusa Indonesia, mengendalikan laluan penerbangan domestik serta laluan ke Malaysia dan Singapura menggunakan pesawat itu, dengan menghantar seramai 8.6 juta orang penumpang.
Bagi model C929, pesawat jet antara benua pertama yang dibangunkan China, beliau berkata ia kini berada dalam fasa reka bentuk.
Pesawat itu dijangka dapat menampung 250 hingga 350 penumpang dengan kemampuan jarak penerbangan sejauh 12,000 kilometer.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CAAC
#C919
#COMAC
#laluan penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan