awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabaran 'Blue Whale' galak remaja bunuh diri?

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
02/05/2017
07:12 MYT
Cabaran 'Blue Whale' galak remaja bunuh diri?
Cabaran itu dikatakan bermula di Rusia pada 2015 dan sehingga kini telah mengakibatkan kematian kira-kira 130 orang remaja. - Gambar hiasan
PIHAK berkuasa di beberapa buah negara mengeluarkan amaran kepada ibu bapa berhubung satu cabaran yang tular dalam kalangan remaja menerusi atas talian.
Cabaran yang dinamakan Blue Whale Challenge ini mensasarkan remaja untuk melakukan pelbagai aktiviti merbahaya, dengan kemuncak untuk 'memenangi' cabaran ini ialah terjun dari bangunan tinggi.
Dengan kata lain, bunuh diri.
Sebelum sampai ke peringkat itu, mereka yang mendaftar untuk melakukan cabaran ini akan diminta untuk melakukan 50 jenis tugasan, antaranya mengelar dan mengukir pergelangan tangan dengan pelbagai corak, berdiri di pinggir kren yang tergantung dan berdiri di atas landasan kereta api.
Be aware of the #BlueWhale Challenge! The challenge targets teens, encouraging them to commit suicide to win. It has claimed many lives.
— Landon Thompson (@Landon743) May 1, 2017
The #BlueWhale challenge is extremely frightening! Parents NEED to constantly spend time with their children or dont give them a phone!
— Chig (@Chig_) April 30, 2017
If anyone asks you to join the #BlueWhale Challenge, please report them to authorities for their safety and the safety of others.
— Landon Thompson (@Landon743) May 1, 2017
The #BlueWhale Challenge shows how addictive something can be and the volatility of the teenage mind which is desperate for some purpise.
— Landon Thompson (@Landon743) May 1, 2017
Do not participate in any way or form in the Blue Whale challenge. It'll kill you. #BlueWhale
— Liza Selene Patindol (@DrMoonMusic) May 1, 2017
Have just heard about the #BlueWhale challenge and am totally horrified.
— Alice Stobart (@loveyourillness) April 30, 2017
Cabaran itu dikatakan bermula di Rusia pada 2015, dan sehingga kini telah mengakibatkan kematian kira-kira 130 orang remaja.
Ia kembali diperkatakan apabila dua remaja di Rusia, Yulia Konstantinova, 15, dan Veronika Volkova, 16, maut selepas terjun dari bangunan apartment 14 tingkat, Februari lalu.
Status terakhir Yulia di Instagram adalah sekeping gambar ikan paus dengan kapsyen 'End' (tamat).
Veronika pula kerap memuat naik status yang membayangkan tekanan yang dialami, dengan kapsyen berbunyi 'Pernahkah anda rasa tidak berguna' dan 'Saya cuma bayang-bayang'.
Bagaimanapun, sehingga kini, pihak polis di negara itu belum dapat membuktikan jika kes-kes bunuh tersebut benar-benar ada kaitan dengan cabaran berkenaan.
Ini kerana, Rusia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah kes bunuh diri paling tinggi di dunia, dengan tahun 2013 sahaja mencatatkan lebih 400 kes.
Topic Berkaitan
#Blue Whale Challenge
#bunuh diri
#cabaran
#laman sosial
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan