awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekumpulan individu bertopeng ceroboh pusat hiburan di Cheras
Komander pertahanan udara Iran terkorban dalam serangan AS-Israel
AS selamatkan kru jet pejuang F-15 "cedera parah, sangat berani" dari Iran - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cacar monyet: Jangkitan semakin perlahan di Kanada

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2022
02:20 MYT
Cacar monyet: Jangkitan semakin perlahan di Kanada
Kanada merekodkan 1,059 kes cacar monyet setakat Rabu lalu. -Gambar fail/Reuters
OTTAWA: Jangkitan wabak cacar monyet di Kanada menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan.
Menurut ketua pegawai kesihatan awam, Theresa Tam, kes tidak meningkat pada tahap semasa awal wabak, namun pemantauan akan tetap dilaksanakan dalam beberapa minggu akan datang.
Kanada berkata, ia berada dalam kedudukan yang baik untuk menangani wabak itu menggunakan vaksin cacar.
Sehingga Sabtu, 99,000 dos vaksin cacar telah digunakan di daerah dan wilayah Kanada bagi individu yang paling berisiko dijangkiti.
Kanada merekodkan 1,059 kes cacar monyet setakat Rabu lalu.
Agensi kesihatan awam menegaskan, walaupun di banyak negara wabak itu tertumpu dalam kalangan homoseksual, sesiapa sahaja boleh dijangkiti virus itu melalui hubungan rapat yang berpanjangan atau daripada zarah pada barangan seperti katil atau tuala.
Cacar monyet merebak melalui hubungan rapat dan cenderung menyebabkan simptom seperti selesema dan nanah.
Lebih daripada 80 negara di mana cacar monyet bukan endemik telah melaporkan wabak penyakit itu.
Bulan lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan ia sebagai "kecemasan kesihatan awam" yang membimbangkan di peringkat global.
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#Kanada
#homoseksual
#Theresa Tam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan