awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Canselor Austria Sebastian Kurz letak jawatan

Bernama
Bernama
10/10/2021
05:34 MYT
Canselor Austria Sebastian Kurz letak jawatan
Kurz berkata beliau akan kembali ke parlimen dan menumpukan tugasnya sebagai ketua People Party dan menggunakan kesempatan ini untuk membersihkan namanya atas tuduhan "palsu" yang dikenakan ke atasnya.- Foto REUTERS
VIENNA: Canselor Austria Sebastian Kurz mengumumkan peletakan jawatannya pada Sabtu malam dan mencadangkan Menteri Luar Alexander Schallenberg sebagai penggantinya.
"Saya ingin mengelakkan kekacauan. Bagi saya negara adalah lebih penting," katanya dalam satu kenyataan lapor Agensi Berita Xinhua.
Beliau berkata akan kembali ke parlimen dan menumpukan tugasnya sebagai ketua People Party dan menggunakan kesempatan ini untuk membersihkan namanya atas tuduhan "palsu" yang dikenakan ke atasnya.
Sementara itu, Kurz mencadangkan Menteri Luar Alexander Schallenberg sebagai penggantinya memandangkan Schallenberg mempunyai kemahiran diplomatik yang diperlukan untuk membina kembali kepercayaan kedua-dua pihak.
Kurz, 35, berdepan desakan agar beliau berundur termasuk daripada sekutunya selepas beliau dan sembilan yang lain terpalit dengan dakwaan rasuah.
Beliau didakwa menggunakan wang kerajaan untuk memastikan media memberikan liputan yang positif mengenainya.
Pembangkang telah menggesa Kurz berundur dan merancang untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadapnya di parlimen Selasa depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kaunselor Austria
#Sebastian Kurz
#letak jawatan
#politik Austria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan