awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perluas ciri keselamatan AI ke barisan peranti boleh lipat
Polis tahan tiga individu bantu siasatan kes serang wanita sedang siaran langsung
IPT bukan ‘lubuk’ rasuah: Menilai realiti berasaskan fakta, bukan persepsi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koperal mengaku tidak bersalah cederakan tujuh anggota tentera

Bernama
Bernama
06/04/2026
06:24 MYT
Koperal mengaku tidak bersalah cederakan tujuh anggota tentera
Seorang tentera berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan mencederakan anggota lain, bulan lepas. - Foto Bernama
Seorang tentera berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan mencederakan anggota lain, bulan lepas.
Sukry Tasu, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Aiman Azahan.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24, di stor senjata Kompeni C, Kem Askar Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Bentong kira-kira 8.30 pagi pada 30 Mac 2026.
Pertuduhan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid mencadangkan jaminan RM10,000, selain syarat tambahan tertuduh tidak menghampiri dan mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Peguam Mohamed Hafiz Baharudin yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya yang bertugas sebagai penjaga stor hanya berpendapatan bersih RM1,800 sebulan.
Majistret kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 bagi pertuduhan pertama dan membenarkan syarat tambahan berkenaan, selain menetapkan 18 Mei sebagai tarikh serahan dokumen.
Bagi pertuduhan berikutnya, Sukry didakwa mencederakan Mohammad Atiqillah Taugek Rashidi, 21, Muhammad Syakirin Yaacob, 20, Muhammad Azman Shah Ismail, 22, Nik Amir Zaqwan Nik Asrizal, 19, Muhammad Irfan Aiman Mohd Tajudin, 19, dan Muhamad Danial Asraf Azizan, 22 pada hari dan tempat yang sama kira-kira 8.30 malam.
Pendakwaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga satu tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Muhammad Zamharir mencadangkan jaminan sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan yang sama, manakala peguam memohon jaminan dikurangkan antara RM1,800 hingga RM2,000.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 untuk setiap pertuduhan dan syarat tambahan tertuduh tidak menghampiri serta menganggu mangsa sehingga kes selesai selain menetapkan 18 Mei sebagai tarikh serahan dokumen.
Pada 31 Mac lepas, polis menahan seorang tentera bagi membantu siasatan berhubung kejadian memukul tujuh anggota lain termasuk menyebabkan seorang daripada mereka cedera parah di sebuah kem tentera di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pahang
#mahkamah
#Bentong
#pukul
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan