awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cara diplomatik langkah terbaik tangani krisis Syria - Prof Dr Azmi Hassan

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2013
06:10 MYT
Cara diplomatik langkah terbaik tangani krisis Syria - Prof Dr Azmi Hassan
Prof Dr Azmi Hassan, Geostrategis Universiti Teknologi Mara ketika dihubungi Astro Awani berpendapat cara terbaik untuk Amerika menyelesaikan konflik itu adalah dengan cara diplomatik.
“Obama tahu bahawa kongres tidak menyokong rancangan beliau untuk menyerang Syria, dengan ada campur tangan dari Damsyik dan Rusia, beliau tiada ada pilihan melainkan menangguhkan serangan ke atas Syria” katanya lagi.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik langkah Washington dan Kremlin mengatur perbincangan bagi menangani krisis.
Persetujuan Amerika dan Rusia itu bakal merintis jalan kepada kesepakatan anggota majlis keselamatan PBB untuk memutuskan tindakan sewajarnya ke atas Syria.
Jurucakap PBB, Farhan Haq dalam sidang medianya memberitahu Ban Ki Moon menyifatkan kekejaman di Syria yang berlarutan sejak lebih dua tahun lalu merupakan kegagalan bersama seluruh negara anggota pertubuhan itu.
Menurutnya lagi langkah pencegahan sepatutnya digunakan bagi menangani krisis di negara asia barat itu sebelum ia berlarutan.
Bagaimanapun Ban mengalu alukan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang sedia berkompromi dengan Rusia supaya konflik berkenaan diselesaikan secara diplomatik.
Disebalik kesediannya itu, Obama bagaimanapun tetap yakin rejim Bashar Assad memiliki dan menggunakan senjata kimia terhadap rakyatnya dan kesan jenayah itu 1.400 nyawa melayang termasuk 400 kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#Barack Obama
#Geostrategis Universiti Teknologi Mara
#Prof Dr Azmi Hassan
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan