awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China catat bulan Julai paling panas sejak 1961

Bernama
Bernama
01/08/2024
20:45 MYT
China catat bulan Julai paling panas sejak 1961
Pelancong memakai topi dan menggunakan payung ketika melawat kawasan pelancongan dalam cuaca panas di Beijing, China, 19 Julai 2024. - Gambar fail AP)
BEIJING: China mengalami bulan paling panas dalam sejarah moden pada bulan Julai, dengan purata suhu bulanan tertinggi sejak negara itu mula mengumpul data komprehensif pada tahun 1961, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM) yang memetik pihak berkuasa meteorologi China.
Menurut China Central Television (CCTV), purata suhu di China pada bulan Julai mencapai 23.21 darjah Celsius, mengatasi 23.17 darjah Celsius yang dicatatkan pada Julai 2017.
WAM juga melaporkan bahawa semua wilayah mengalami suhu lebih tinggi daripada biasa, dengan Wilayah Guizhou dan Yunnan mencatat suhu tertinggi untuk bulan Julai. Hunan, Jiangxi, Zhejiang, Fujian, dan Tibet mencatat suhu kedua tertinggi.
Pihak berkuasa meteorologi telah memberi amaran bahawa gelombang haba dijangka berterusan hingga bulan Ogos, yang memberi kesan terutamanya kepada kawasan tengah dan tenggara negara itu.
Suhu diramalkan melebihi 40 darjah Celsius di beberapa kawasan, terutamanya di Jiangsu, Zhejiang, dan Shanghai.
Kepanasan melampau ini dikaitkan dengan pengaruh kuat tekanan tinggi subtropika di kawasan berkenaan yang membawa kepada perkembangan dan intensifikasi cuaca panas di Jianghai, Jianghuai, Jiangnan, dan kawasan lain di China.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#suhu panas
#China
#cuaca panas
#suhu tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan