awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China komited perkasa kerjasama dengan semua negara

Bernama
Bernama
09/11/2023
15:48 MYT
China komited perkasa kerjasama dengan semua negara
Han Zheng berkata China akan terus memperkasa kerjasama antarabangsa melalui langkah memperincikan pelaksanaan dasar yang terbuka. - Gambar Screenshot Video Reuters
SINGAPURA: China bersedia bekerjasama dengan semua negara untuk meneroka peluang yang membawa manfaat bersama serta menangani risiko dan cabaran demi masa depan yang lebih indah buat semua umat manusia, kata Naib Presiden China Han Zheng.
Han Zheng berkata China akan terus memperkasa kerjasama antarabangsa melalui langkah memperincikan pelaksanaan dasar yang terbuka.
"China sentiasa konsisten dalam meningkatkan tahap keterbukaan, bersedia menawarkan lebih banyak peluang pasaran dan pelaburan, serta berkongsi keuntungan yang ada dalam pelaksanaan dasar keterbukaan dari segi institusi dengan perusahaan dari pelbagai negara.
"China juga akan terus memacu pembangunan berpandukan inovasi, meningkatkan perkongsian pencapaian inovatif, bersama-sama menangani cabaran perubahan iklim dan menyuntik momentum baharu ke dalam pertumbuhan ekonomi dunia," katanya dalam ucaptama pada majlis perasmian Forum Ekonomi Inovasi kali keenam yang berlangsung di sini dari 7 hingga 8 November..
Beliau berkata China akan terus menggalakkan pembangunan secara damai, bekerjasama memelihara keamanan dan keselamatan dunia demi pembangunan dan kemakmuran bersama serta membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Mengulas mengenai kerjasama peringkat tinggi antara China dan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, Han Zheng berkata China sentiasa melihat dan menangani hubungannya dengan AS berdasarkan tiga prinsip iaitu saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama bagi situasi sama menang.
"China bersedia untuk mengukuhkan komunikasi dan dialog dengan AS di pelbagai peringkat, memperkasa kerjasama yang saling menguntungkan, berhemah mengawal perselisihan dan bekerjasama untuk menangani cabaran global," kata Han.
Han Zheng turut bertemu dengan pengasas Forum Ekonomi Inovasi dan pengasas Kumpulan Bloomberg Michael R. Bloomberg dan para tetamu yang menghadiri forum berkenaan.
Semasa lawatannya di Singapura baru-baru ini, Han Zheng mengadakan pertemuan berasingan dengan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Teo Chee Hean.
Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Lee, Han Zheng berkata China bersedia bekerjasama dengan Singapura untuk memacu pembinaan bersama yang berkualiti tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan, menggalakkan penaiktarafan projek kerjasama kedua-dua negara, mengintensifkan pertukaran kedua-dua negara dalam bidang sosiobudaya demi kemakmuran dan kestabilan serantau.
Perdana Menteri Lee berkata pihak beliau bersedia untuk meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan dengan China, menjayakan mesyuarat mengenai mekanisme kerjasama Singapura-China pusingan baharu dan menggalakkan perkongsian Singapura dan China yang komprehensif dan berkualiti tinggi berkembang ke tahap yang baru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Naib Presiden China Han Zheng
#perkasa kerjasama
#semua negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan